Menu
Syed Muhammad Naquib al-Attas Tokoh Melayu Terbilang 2011Beliau menerima anugerah Tokoh Melayu Terbilang yang disampaikan pada majlis sambutan ulang tahun ke-65 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra. Anugerah disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.[1]
Pada 21 Jun 2012, Syed Muhammad Naquib al-Attas dilantik sebagai profesor pelawat terhormat di Pusat Kajian Lanjutan mengenai Islam, Sains dan Tamadun (CASIS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM). CASIS ialah sebuah pusat kecemerlangan yang baru ditubuhkan di tahap pasca siswazah di UTM Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Beliau amat menekankan pendidikan dalam konsep Islam dan Islamisasi pengetahuan kontemporari yang membawa kepada penubuhan Universiti Islam di beberapa negara Islam. Dua buah institut berjaya diasaskannya iaitu Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu di UKM dan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) di UIAM, yang bermatlamat mempertingkatkan ketajaman pemikiran intelektual Muslim.
Perpustakaan Syed Naquib al-Attas di ISTAC mengandungi karya berwibawa mengatasi mana-mana koleksi lain seumpamanya di Asia Tenggara.[2]
Menu
Syed Muhammad Naquib al-Attas Tokoh Melayu Terbilang 2011Berkaitan
Syed Mokhtar Al-Bukhary Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir Syed Nasir Syed Ismail Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar Syed Muhammad Naquib al-Attas Syed Mohd Amin Syed Hashim Syed Ahmad Syed Jamal Syed Hussein Al-Attas Syed ShamimRujukan
WikiPedia: Syed Muhammad Naquib al-Attas http://mstar.com.my/variasi/kampus/cerita.asp?file... http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/20...